fbpx

Tiga lelaki ditahan selepas guna kad bank mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga telefon bimbit yang dirampas daripada tiga suspek kes samun di Jalan Resak, Kulim pada hari ini.

KULIM – Tiga lelaki ditahan kurang 24 jam selepas polis menerima laporan kes samun membabitkan seorang warga Bangladesh semalam.

Dalam kejadian di hadapan rumah pekerja pada Selasa lalu itu, mangsa dipukul tiga suspek terbabit sebelum dompetnya dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, polis menjalankan siasatan dan mengesan kad bank mangsa digunakan oleh pihak lain di Ipoh, Perak.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim kemudian bergegas ke lokasi terbabit lalu menahan tiga suspek berusia lingkungan 30-an kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Dalam serbuan itu polis merampas tiga resit pembelian barangan makanan yang menggunakan kad bank mangsa serta beberapa telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiga suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah selain positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 23 Januari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI