fbpx

Seorang maut, puluhan cedera dalam rempuhan di luar stadium Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penonton yang cedera dibawa ke kawasan kecemasan di Stadium Antarabangsa Basra selepas rempuhan menjelang perlawanan akhir Piala Teluk Arab antara Iraq dan Oman hari ini. - AFP

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila satu insiden rempuhan berlaku di luar sebuah stadium bola sepak di Iraq beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk Arab berlangsung.

Setelah sekian lama diharamkan daripada menganjurkan perlawanan bola sepak antarabangsa, Iraq mengharapkan agar penganjuran Piala Teluk Arab dapat mengubah imejnya, tetapi kini negara itu terpaksa memohon maaf atas kesalahan organisasi.

Beribu-ribu peminat tanpa tiket telah berkumpul di luar sebuah stadium bandar utama di selatan Iraq, Basra, sejak waktu subuh dengan harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Iraq dan Oman yang dijadualkan bermula pada pukul 7 malam (waktu tempatan).

“Terdapat satu kematian dan berpuluh-puluh penonton cedera ringan,” kata seorang doktor.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri mendedahkan butiran jumlah yang sama.

“Sebilangan besar peminat, ramai daripada mereka tanpa tiket, telah berkumpul sejak subuh untuk cuba masuk,” kata pegawai itu.

Seorang jurugambar AFP di dalam stadium berkata bahawa pintu putar automatik masih ditutup apabila rempuhan berlaku.

Siren berbunyi apabila ambulans tiba untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan lautan manusia dilihat di luar stadium.

Iraq sebelum ini sudah pun memohon maaf kepada Kuwait selepas pergelutan di bahagian VIP yang menghalang wakil pemimpinnya daripada menghadiri majlis perasmian awal bulan ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI