fbpx

Penunggang terbabas, motosikal ‘terbang’ ke bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa dirakam berada di atas atap sebuah rumah bersama motosikalnya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita tersangkut di bumbung sebuah rumah bersama motosikal yang ditunggang, lapor laman berita Detik. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

“Didakwa kerana brek gagal berfungsi, motosikal yang dipandu laju terbabas di bumbung rumah penduduk yang terletak di bahagian bawah jalan ketika pemandunya melintasi selekoh Dusun Puntingan Grabag Magelang,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Kejadian itu berlaku di Dusun Puntingan, daerah Magelang pada Ahad lalu.

Rumah penduduk yang menjadi lokasi kemalangan itu dikatakan berada di tepi satu selekoh jalan raya. Kedudukan rumah tersebut berada lebih rendah daripada jalan raya itu.

Ketika melalui jalan yang berselekoh itu, pemandu berkenaan gagal membelok ke kiri, sebaliknya memandu secara lurus lalu ‘terbang’ di atas bumbung rumah penduduk.

Seorang pengimpal yang berada di lokasi tersebut kemudian memberitahu bahawa motosikal itu telah dinaiki oleh dua orang. Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI