fbpx

Kenderaan masuk Kelantan dijangka bertambah sehingga 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) bertemu pengguna jalan raya selepas melancarkan Op Selamat 192023 di hadapan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh, hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

PASIR PUTEH – Kenderaan yang memasuki Kelantan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dijangka bertambah kira-kira 10 hingga 15 peratus berbanding hari biasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pertambahan jumlah kenderaaan itu sudah berlaku sejak Rabu lalu terutamanya melibatkan perantau dari Kuala Lumpur.

Katanya, peningkatan itu dilihat melalui tiga pintu masuk utama ke negeri ini iaitu di Jeli, Gua Musang dan Bukit Abal, di sini.

“Sehubungan itu, polis akan memberi tumpuan di lokasi panas termasuk di kawasan Jeli dan kawasan rehat dan rawat (R&R) Gua Musang yang sesak terutamanya pada musim cuti perayaan.

“Setakat ini, sebanyak 54 lokasi rehat dikenal pasti menjadi tempat persinggahan perantau. Jadi, kita harap tempat rehat seperti ini mempunyai pengurusan yang lebih sistematik bagi mengelakkan kesesakan selain memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 19/2023 di hadapan Balai Polis Bukit Yong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut menempatkan seramai lebih 300 anggota dan pegawai di kawasan tumpuan.

Menurutnya, sepanjang Op Selamat tahun lalu, sebanyak 363 kes kemalangan dilaporkan dengan 14 kematian dan beliau berharap jumlah kes nahas menurun pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI