fbpx

Gagal tunjuk kad pekerja punca pertengkaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan (tengah) di majlis penyerahan geran tanah Program Penempatan Tapak Lot Kediaman di RPT Bemban Rakyat, Baru Gajah, hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

BATU GAJAH – Gagal menunjukkan kad pekerja menjadi punca pertengkaran seorang kakitangan sebuah hospital di sini, dan seorang pengawal keselamatan yang mana rakaman video kejadian itu tular dalam media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Kesihatan negeri mengenai kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa individu yang bertengkar tersebut merupakan seorang radiografi dan pengawal keselamatan sebuah hospital, di sini.

“Pertengkaran berlaku apabila seorang pengawal keselamatan yang bertugas meminta petugas tersebut menunjukkan kad kakitangan namun lelaki itu gagal berbuat demikian.

“Kejadian ini berpunca daripada kekeliruan yang berlaku di antara mereka dan mereka telah dipanggil untuk tunjuk sebab tidak dikenakan sebarang tindakan,” katanya kepada pemberita pada penyerahan geran tanah Program Penempatan Tapak Lot Kediaman di RPT Bemban Rakyat di sini, hari ini.

Sivanesan berkata, pihaknya akan menyiasat insiden pertengkaran tersebut dan mereka akan diminta untuk tunjuk sebab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI