fbpx

2 lelaki maut ketika tonton acara sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki mati berdarah dalam kemalangan sabung ayam berasingan di India. - AFP/ Getty Images

NEW DELHI – Dua lelaki di India maut ketika menonton perlawanan sabung ayam selepas terkena tikaman pisau yang dipasang pada kaki haiwan tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mati dengan keadaan berlumuran berdarah selepas ‘dilibas’ oleh ayam-ayam jantan yang mengambil bahagian, lapor akhbar New India Express.

Kedua-dua insiden itu berlaku pada Ahad lalu semasa sambutan perayaan Hindu Makar Sankrati.

Dalam kejadian pertama, Gande Suryapraksha Rao, 43, telah mengikat bilah pada ayam jantan laganya sebelum ia bergaduh dengan ayam lain. 

Gande maut akibat terkena pisau apabila ayam jantan itu ditakutkan oleh orang ramai, yang menyebabkan ia terbang ke udara dan hinggap ke atas mangsa.

Kakinya turut dikelar dengan teruk sehingga berdarah dan disahkan meninggal dunia walaupun selepas dikejarkan ke hospital terdekat.

Dalam kemalangan kedua, seorang penonton acara sabung ayam di daerah Godavari Timur, yang dikenal pasti sebagai K. Padmaraju turut dilibas di tangan dan menyebabkannya berlumuran darah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI