fbpx

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin bersiar naik beca di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menaiki beca di Pulau Pinang

PETALING JAYA – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menaiki perkhidmatan beca sambil bersiar-siar di sekitar bandar raya Georgetown, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di akaun Twitter Selangor Royal Office, kelihatan kedua-dua baginda bersiar dengan berpakaian sedodon merah di sekitar bandar raya itu.

Kelihatan juga kedua-dua baginda berkesempatan mengambil gambar bersama ketika menaiki perkhidmatan beca itu.

Sultan Sharafuddin berada di Pulau Pinang pada 15 Januari lalu, selepas berkenan menyantuni undangan santapan tengah hari daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI