fbpx

Shah Rukh Khan pelakon terkaya Asia, ke-4 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Rukh Khan - AFP

PETALING JAYA – Hero Bollywood, Shah Rukh Khan disenaraikan sebagai pelakon terkaya di Asia dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$770 juta (RM3.3 bilion).

Menurut sumber, World of Statistics, pelakon dari India itu berada pada tangga ke empat dunia di belakang pelakon Hollywood, Dwayne Johnson yang memiliki kekayaan sebanyak AS$800 juta (RM3.5 bilion).

Berada di tangga pertama pelakon paling kaya di dunia adalah Jerry Seinfeld dengan kekayaan AS$ 1 bilion (RM4.3 bilion) diikuti Tyler Perry yang turut mempunyai kekayaan sama.

Selain Shah Rukh Khan, pelakon Asia yang turut berada dalam carta 10 pelakon terkaya di dunia adalah pelakon aksi ngeri dari Hong Kong, Jackie Chan dengan memiliki kekayaan AS$520 juta (RM2.24 bilion) dan berada di tangga ke enam.

Antara pelakon lain yang turut tersenarai adalah Tom Cruise di tangga ke lima, George Clooney ke tujuh manakala Robert de Nero di tangga ke lapan.

Sementara itu, bekas Gabenor Carlifornia, Arnold Schwarzenegger dan Kevin Hart masing- masing berada di tangga ke sembilan dan 10.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI