fbpx

Puad dakwa Shahidan tumpang semangkuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad (kiri) mendakwa Shahidan tumpang semangkuk isu dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan

PETALING JAYA – Keputusan Persidangan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu terus menjadi pendebatan.

Terbaru, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Puad Zarkhashi menyifatkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim sebagai menumpang semangkuk isu tersebut.

Jelas Puad, hantaran yang dibuat Shahidan di Facebooknya sebelum ini yang mencadangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi presiden seumur hidup sebagai menumpang isu.

“Shahidan pun tumpang semangkuk pasal PAU UMNO 2022. Dia cadang Zahid jadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun. Bolehlah (Ahmad) Zahid tadbir negara dengan aman damai.

“Hebat Shahidan. Dia lupa, dia nak jadi MB (Menteri Besar) Perlis seumur hidup. Kedua-dua (bekas Menteri Besar) Mat Isa Sabu dan Azlan Man kena kacau. Siap lawan Raja kerana dia dan adik gagal jadi Menteri Besar.

“Tahniah lah kerana kes gangguan seksualnya digugurkan. Bolehlah jadi Menteri sepanjang (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) jadi Perdana Menteri. Cuma tidak boleh selamanya. Jangan bangkitkan kes ini di Parlimen ya,” tulis beliau di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, selepas keputusan dua jawatan tertinggi UMNO tidak pertandingkan diputuskan oleh perlembagaan parti yang diumumkan pada Persidangan Agung UMNO 2022 minggu lalu, Shahidan turut menaikkan satu hantaran.

Jelas Shahidan, beliau mencadangkan agar jawatan tersebut terus tidak dipertandingkan selama lima tahun.

“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan. Saya mencadangkan beliau menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Taksiah buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan. Sekalung Tahniah kerana berjaya membawa “perwakilan Import” yang dibawa masuk untuk kali yang ketiga.

“Jangan bimbang! Jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI