fbpx

Perut ‘besar’ Honey J curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONEY J

SETELAH melangsungkan perkahwinan pada November lalu, penari Street Women Fighter, baru-baru ini, Honey J mengumumkan kehamilan anak pertama.

Perkhabaran tersebut diumumkan melalui sebuah gambar yang dimuat naik dalam Instagram pada awal Januari lalu dan kini dia tidak perlu ragu-ragu untuk mempamerkan perutnya yang kian membesar.

Gambar terkini menunjukkan penari hip-hop itu menggayakan jaket putih dan membuka butang pada bahagian bawah menampakkan perutnya.

Dalam gambar lain dia menggayakan menunjukkan fesyen yang lebih ranggi dengan kapsyen: Gambar oleh Dam (suaminya).

Rata-rata netizen memuji skil fotografi yang ditunjukkan suaminya dan mendoakan kesejahteraan Honey J.

“Awak mengambil gambar dengan sangat baik Dam. Honey J kelihatan sangat cantik.

“Semoga awak mendapat bayi yang sihat dan cantik.

“Harapkan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat sentiasa sehingga waktu melahirkan kelak,” komen seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI