fbpx

[VIDEO] Pasangan kekasih terkejut lihat polis, pecut lebih 70km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video aksi sebuah kereta dipandu seorang lelaki melarikan diri dari polis dalam kejadian di Skudai, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih yang dipercayai sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta jenis Proton Persona ditahan selepas terlibat dalam insiden dikejar polis di lebuh raya di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 1 minit 15 saat itu tular di media sosial hari ini.

Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam semalam.

“Ketika kejadian anggota sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan rekreasi Adda Height, Johor Bahru sebelum mendapati sebuah kereta diletakkan dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa mahu membuat pemeriksaan, suspek mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta peronda polis sebelum cuba melarikan diri.

“Tindakan suspek melarikan diri dikejar sehingga 10 buah kenderaan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Johor Bahru Utara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, suspek berjaya ditahan di Kilometer 76.6, Lebuh Raya Utara Selatan sekitar Ayer Hitam setelah cuba melarikan diri sejauh lebih 70 kilometer.

“Suspek merupakan pemandu lelaki berusia 20 tahun dan remaja perempuan berusia 18 tahun. Kedua-duanya warga tempatan. Polis merampas telefon bimbit dan wang RM168,” ujarnya.

Soal siasat mendapati dua suspek itu melarikan diri selepas terkejut apabila melihat kenderaan peronda polis. Mereka direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI