fbpx
Kutipan derma yang mengunakan nama agama perlu dibelanjakan mengikut peraturan bagi mengelakkan dosa besar. – gambar hiasan

Dosa besar eksploitasi dana awam untuk diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mereka yang menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan diri sendiri dihukumkan sebagai orang yang telah melakukan dosa besar dan perlu meminta maaf kepada pihak dianiaya atau dikhianati.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ia bagi menghapuskan dosa yang dilakukan.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak membelanjakan dana awam dengan telus termasuk dalam hukum itu. Setiap pergerakan duit perlu ditunjukkan supaya semua pihak berpuas hati.

“Jika dia khianat ia sudah dikira tidak amanah. Wang yang bukan hak kita tidak boleh digunakan sesuka hati.

“NGO tidak boleh sembunyikan perbelanjaan dana awam lebih-lebih lagi menggunakan nama agama. Ia boleh membuatkan Islam akan dipandang serong,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Wan Salim, peng­khianat dihukumkan sebagai munafik di dalam al-Quran dan ha­dis di mana salah satu ciri mereka ialah apabila diberi amanah dia khianat.

Sehubungan itu, Wan Salim menasihatkan segelintir mereka yang sudah berpaling daripada tujuan asal pertubuhan agar segera bertaubat.

“Kita harap bila diamanahkan untuk sesuatu tugas, kita kena tunaikannya. Orang awam juga perlu berhati-hati daripada menjadi mangsa dieksploitasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN