fbpx

Annuar kongsi gambar kerjakan Umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambarnya ketika mengerjakan ibadah Umrah di Mekah hari ini.

Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah tersebut.

“Alhamdulillah selesai solat di Raudah dan ziarah Rasulullah S.A.W.

“Syukur pada Allah yang telah mengurniakan kesihatan yang baik serta keupayaan mengunjungi tanah haram ini.

“Ampunilah daku, kedua orang tua ku, guru guru ku, sanak saudara serta sahabat handai Muslimin Muslimat sekeliannya. Amiin ya Rabb,” tulisnya di akaun Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Annuar yang menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Muafakat Nasional dengan keahlian mencecah 30,000 telah memulakan penubuhan Perhubungan Negeri dan Kawasan.

Penubuhan Perhubungan Negeri bermula di Sabah pada 5 Febuari nanti serta di susuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain.

Annuar turut mengumumkan beberapa nama sebagai Pengerusi Perhubungan bagi negeri antaranya Nasrudin Hasan Tantawi bagi Pahang, Jismit Japong (Sabah), Datuk Zuraida Kamarudin (Selangor) serta Justin Jinggot (Sarawak). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI