fbpx

Simpan 6.12 tan minyak masak paket di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak peket yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuchelong, Jelawat dekat Bachok semalam. -Foto KPDN KELANTAN

BACHOK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak sebanyak 6.12 tan minyak masak paket bernilai RM15,300 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Kuchelong, Jelawat di sini semalam.

Serbuan dijalankan pada pukul 6.30 petang menerusi Op Membanteras Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Tok Bali Pasir Puteh.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, selepas menjalankan risikan, pihaknya mengesan sebuah rumah yang dipercayai dijadikan transit untuk menyimpan minyak masak paket sebelum diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, anggota penguat kuasa KPDN menemui sebanyak 6.12 tan minyak masak paket bersubsidi di rumah tersebut.

“Kesemua minyak masak itu dirampas, namun tiada sebarang pengakuan pemilikan barang-barang tersebut daripada pemilik rumah tersebut.

“KPDN Kelantan memberi amaran kepada individu atau pihak termasuk peniaga supaya tidak terlibat dalam kegiatan penyeludupan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, pengguna juga boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada KDPN.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI