fbpx
Mohamad menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil, Ary Norton De Murat Quintella di pejabatnya petang tadi.

Malaysia, Brazil jalin kerjasama teroka bidang pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Malaysia akan memperkukuhkan kerjasama dengan Brazil bagi meneroka bidang pertanian khususnya berkaitan jagung bijian atau ‘grain corn’.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkata, selain daripada produk bijirin dan makanan ternakan, negara turut mengimport daging daripada Brazil.

Beliau berkata, Brazil adalah merupakan rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertaniannya.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan daripada Brazil adalah sebanyak RM4.32 bilion,” katanya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohamad telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil, Ary Norton De Murat Quintella di pejabatnya petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MAFS komited menjalankan transformasi dalam bidang pertanian untuk menjamin kebolehcapaian makanan yang cukup dengan harga berpatutan kepada rakyat di kala negara berhadapan dengan inflasi makanan global. – KOSMO! ONLINE

POPULAR