fbpx

Jual badan? Ikmal Amry tidak paksa penonton tengok filem Pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKMAL AMRY antara pelakon yang terlibat dalam filem Pulau.

KUALA LUMPUR – “Siapa tidak suka, jangan tengok. Tiada paksaan untuk menonton filem tersebut.”

Demikian respons pelakon Ikmal Amry yang turut terlibat dalam filem Pulau yang dikecam ramai ketika ini.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 29, itu tidak terbabit secara langsung dalam pembikinan beberapa babak ‘berani mati’ tersebut.

“Saya tidak terlibat dalam babak yang bukan-bukan dalam filem tersebut.

“Saya hanya terbabit dalam babak membuka baju sebab untuk berenang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui semasa sidang akhbar Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya, Ikmal menambah, penonton boleh memilih genre filem bersesuaian dengan minat masing-masing tanpa perlu terlebih dahulu menghakimi sesebuah karya.

“Dalam YouTube pun banyak babak ‘panas’ sebegitu. Kalian boleh memilih untuk tidak perlu menonton.

“Apabila sudah meninggalkan komen, maksudnya kalian memilih untuk menonton video sebegitu,” jelasnya.

Sejak semalam, filem Pulau dikecam hebat menerusi gelanggang Twitter susulan didakwa memaparkan banyak adegan tidak bermoral dan menampilkan pelakon-pelakon dengan imej mencolok mata.

Rata-rata netizen yang telah menyaksikan trailer Pulau sejak beberapa harik lalu juga tertanya-tanya bagaimana filem sedemikian mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF).

“Bila idea kering kontang, tetapi rasa diri berseni dan mahu buat filem. Akhirnya, ambil artis untuk ‘jual badan’ menjadi pelakon sebagai pelaris.

“Filem Malaysia sepatutnya membudayakan nilai ketimuran yang sopan dan bersih. Tetapi mengangkat babak yang tidak senonoh pula. Malu apabila menonton trailer filem tersebut,” demikian luahan netizen tentang filem Pulau yang bakal menjengah pawagam pada 9 Mac nanti. -KOSMO! ONLINE
ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI