fbpx

Tahun Baharu Cina: PLUS nasihat pengguna keluar sebelum 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dari Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan agar mula memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi pada Tahun Baru Cina ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, cadangan tersebut adalah berdasarkan analisa PLUS tentang data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim-musim perayaan yang lalu.

“Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) pada kali ini berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan.

“Berdasarkan TTA tersebut, pengguna yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang juga dinasihatkan mula memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan di antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang.

“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, TTA merupakan salah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Sementara itu, Zakaria turut menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

Katanya, saranan ini bukan sahaja untuk perjalanan pengguna untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti.

“Pengguna RFID pula dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebanyak 2 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 19 sehingga 24 Januari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI