fbpx

Jepun lulus pampasan untuk waris 5 individu mati selepas terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TOKYO – Kementerian Kesihatan Jepun meluluskan pampasan sekali bayar kepada waris lima individu yang meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK) kelmarin.

Kementerian itu memutuskan bahawa kaitan sebab dan akibat daripada vaksinasi dan kematian penerima pelalian tidak boleh dinafikan dalam kes tersebut.

Keputusan itu dibuat minggu ini berdasarkan undang-undang imunisasi negara.

Pampasan serupa sebelum ini telah diluluskan untuk kematian 15 orang yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 90-an.

Keputusan terbaharu dibuat susulan kematian lima individu berusia 36 hingga 96 tahun akibat kegagalan jantung akut, kejutan hemoragik dan sebab-sebab lain selepas divaksin.

Empat daripada mereka dilaporkan mengalami penyakit kronik termasuk tekanan darah tinggi.

Kementerian itu gagal menafikan kaitan sebab dan akibat antara kematian dan vaksinasi memandangkan kandungan sijil kematian dan rekod klinikal mereka.

Jenis vaksin yang diterima dan bilangan dos yang diambil oleh mereka bagaimanapun belum didedahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI