fbpx

Daging babi terabur atas jalan bukan senjaga dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa daging babi bertaburan sepanjang jalan di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sisa daging babi yang bertaburan di Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi, Tasek Gelugor di sini sejak awal pagi tadi adalah hasil dari tempat sembelihan haiwan itu untuk dibawa ke tapak pelupusan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung sisa-sisa daging haiwan itu yang bertaburan di sepanjang jalan sehingga menimbulkan rasa kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menurutnya, maklumat tersebut diterima pada pukul 6 pagi tadi di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Tasek Gelugor dan Sungai Dua di sini.

“Pemantauan di lokasi memang mendapati terdapat sisa-sisa khinzir hasil penyembelihan di jalan berkenaan seperti yang dilaporkan.

“Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta kakitangan syarikat terbabit,” ujar beliau.

Nor Salawati berkata, ketika ini, kes itu disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (L.N. 166/59).

“Dalam hal ini, polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar mengenai kejadian tersebut di media sosial sehingga ada mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan pihak tertentu atau terdapat unsur-unsur sabotaj. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI