fbpx

Bantuan sehingga RM10,000 bantu pesara tentera terjejas bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambery Jefry (tiga dari kanan) menyampaikan kit bantuan banjir kepada salah seorang penerima di Masjid Baiturrahman Kampung Gual Nering, Rantau Panjang hari ini. -Foto ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyediakan Skim Bantuan Bencana Alam sehingga RM10,000 untuk membantu kerja-kerja membaik pulih rumah golongan berkenaan yang rosak akibat musibah banjir.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, selain banjir, skim sedia ada itu turut membabitkan bencana alam seperti ribut, tanah runtuh dan kebakaran.

Menurutnya, pesara yang terjejas boleh membuat permohonan dan JHEV ATM akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasti jumlah bantuan layak diterima berdasarkan kemusnahan struktur rumah yang dialami.

“Maksimum jumlah bantuan ini adalah RM10,000. Jadi, kita telah kenal pasti 2,500 veteran ATM terjejas banjir seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, kita jangkakan mungkin ada struktur kediaman veteran ATM rosak dan mereka boleh memohon skim berkenaan,” kepada pemberita selepas program bantuan banjir Di Kelantan dan Terengganu di Masjid Baiturrahman, Kampung Gual Nering di sini hari ini.

Zambery Jefry memberitahu, sebanyak RM457,134 telah dibelanjakan sepanjang 2021 bagi membantu veteran atau orang tanggungan yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat bencana alam.

Katanya, JHEV ATM masih lagi mengumpul maklumat dan sedang mengenal pasti mana-mana veteran yang terlibat dengan musibah berkenaan pada tahun lalu.

“JHEV ATM sentiasa komited dalam menjaga kebajikan veteran apabila memperuntukan sebanyak RM500,000 untuk kit bantuan banjir kepada 2,500 veteran yang terkesan banjir seluruh negara.

“Bantuan kit banjir itu mengandungi pelbagai bantuan penjagaan diri, bantuan makanan sumbangan Humanitarian Care Malaysia Berhad dan lain-lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI