fbpx

Piala Dunia: Pemain baharu tak perlu rasa gentar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal memulakan saingan pada aksi Piala Dunia kali ini dengan menentang Belanda petang esok. – FB MHC

BHUBANESWAR – Bekas kap­ten skuad hoki negara, Mohd. Fitri Saari berharap lapan pemain yang akan membuat debut di pentas Piala Dunia Hoki 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India tidak gentar bertemu dengan lawan mereka.

Lapan pemain itu ialah dua penjaga gol, Muhammad Hafizuddin Othman, Adrian Andy Albert, Zulpidaus Mizun, Muhammad Aminuddin Mohd. Zain, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Mohamad Ashran Hamsani, Muhammad Najib Abu Hassan dan Shello Silverius.

Biarpun kurang dari segi pengalaman, tetapi Fitri, 30 percaya kelapan-lapan pemain berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri bagi menggalas cabaran negara pada saingan yang akan bermula 13 hingga 29 Januari ini.

“Ada beberapa pemain tak pernah beraksi di Piala Dunia. Mereka perlu cepat sesuaikan diri dengan permainan Piala Dunia kerana ia berbeza jika dibandingkan aksi antarabangsa yang lain.

“Mungkin mereka kurang pe­ngalaman, tetapi saya lihat tahap kerja apabila diturunkan di atas padang sangat bagus. Jangan gugup, jangan gentar, langgar sahaja musuh nanti.

“Mereka perlu berjiwa besar apabila membawa nama Malaysia menghadapi Piala Dunia ini,” kata Fitri yang pernah beraksi dalam saingan berkenaan pada edisi 2014 dan 2018 lalu.

Dalam masa sama, tonggak Pasukan Hoki Terengganu itu percaya mereka berlapan yang dipilih oleh ketua jurulatih, Arul Selvaraj mampu mengisi ketia­daan dua pemain utama disebabkan kecederaan.

Sebagai rekod, Malaysian Tigers terpaksa akur gagal membawa Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi yang baru menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal kerana patah jari kanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI