fbpx

Rakyat Korea Selatan ‘ketagih’ bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga mata wang memantau kadar pertukaran asing di hadapan skrin komputer di Hana Bank, Seoul, pada 18 Februari 2022. – AFP

SEOUL – Korea Selatan mencatat kadar pertambahan pekerjaan tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun, demikian menurut data diterbitkan kelmarin ketika Seoul beransur pulih kepada situasi sebelum pandemik, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut data Perangkaan Korea, bilangan individu yang bekerja meningkat sebanyak 816,000 orang pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan angka tertinggi sejak tahun 2000, apabila Korea Selatan melaporkan peningkatan sebanyak 882,000 orang pada tahun tersebut.

Kadar pekerjaan tahun lepas juga menandakan lonjakan ketara daripada 370,000 pertumbuhan yang dicatatkan pada 2021.

Bagi Disember sahaja, sebanyak 509,000 pekerjaan baharu direkodkan negara itu.

Meskipun Korea Selatan mencatatkan pertambahan pekerjaan bagi tempoh 22 bulan berturut-turut pada Disember lalu, pertumbuhan kekal perlahan untuk tempoh tujuh bulan berturut-turut ketika dunia bimbang mengenai kegawatan ekonomi.

Data terbaharu itu muncul ketika Bank Pusat Korea melaksanakan dasar monetari ketat secara agresif bertujuan menurunkan kadar inflasi.

Kenaikan kos pinjaman lazimnya menjejaskan pekerjaan apabila perniagaan dan isi rumah mengurangkan perbelanjaan mereka.

Bank pusat meningkatkan kadar penanda aras secara keseluruhan sebanyak 2.75 peratus sejak Ogos 2021 kepada kadar semasa iaitu 3.25 peratus bagi menurunkan inflasi. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI