fbpx

Pasukan Thailand raikan ekor Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Ultras Malaya menyanyikan lagu Sawadeekap Thailand sambil diiringi tepukan oleh pemain negara itu.

PETALING JAYA – Pasukan Thailand meraikan penyokong Malaysia sebaik perlawanan peringkat separuh akhir kedua berakhir di Stadium Thammasat malam tadi.

Perkara itu dikongsi melalui rakaman sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter rasmi AFF Mitsubishi Electric Cup malam tadi.

Melalui video tersebut dilihat kumpulan penyokong Malaysia dikenali sebagai Ultras Malaya menyanyikan lagu ‘Sawadeekap Thailand’ di hadapan pemain-pemain Thailand.

Nyanyian itu juga diiringi tepukan oleh barisan pemain Thailand yang diketuai Theerathon Bunmathan.

Malah, video tersebut turut meraih pujian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata penyokong Thailand mengucapkan terima kasih selain memuji semangat kesukanan penyokong Malaysia.

“Thailand dan Malaysia rakan baik, penyokong Malaysia sangat baik hati. Semoga selamat sampai di Malaysia dan teruskan menyokong Thailand dalam perlawan akhir. Terima kasih dari penyokong Thailand,” kata Dynana.

“Terima kasih penyokong Malaysia, ini sangat comel,” kata Pantong.

“Tindakan baik dari Malaysia dan Thailand. Sayang sekali peminat Indonesia takkan buat begini,” seloroh Kai.

“Terima kasih penyokong Malaysia,” kata Ruetaitip.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI