fbpx

Bilionair termuda Australia disaman lebih RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Craven yang menjadi jutawan termuda di Australia mempunyai nilai pendapatan bersih yang disokong oleh kejayaan syarikat Stake.com. - Mail Online

CANBERRA – Seorang bilionair paling muda di Australia dan rakan kongsi perniagaannya dalam perusahaan kasino online disaman lebih AS$500 juta (RM2.19 billion) oleh seorang bekas rakan sekerja mereka, lapor portal berita MailOnline.

Pengasas syarikat Stake.com, Ed Craven, 27, dan rakan, Bijan Tehrani, 28, dituduh mengabaikan Christopher Freeman daripada perniagaan itu dan menjalankan syarikat perjudian kripto haram di platform kasino mereka, jelas dokumen mahkamah.

Freeman merupakan rakan karib Tehrani semasa mereka membesar di Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Mereka bekerja bersama Craven untuk mengusahakan perniagaan online pertama mereka, Primedice sedekad lalu.

Ketiga-tiga mereka mengasaskan laman web perjudian dadu mata wang kripto Primedice pada 2013. Freeman kemudian disisihkan apabila Tehrani dan Craven mengasaskan Stake.com.

Selepas kejayaan awal Primedice pada 2016, Freeman mendorong perkongsian itu untuk berkembang ke dalam permainan perjudian mata wang kripto online  yang lain, demikian tuntutannya dalam dokumen mahkamah yang dilihat oleh Daily Mail Australia.

Freeman mendakwa bahawa pada 2016, Tehrani dan Craven menggunakan peluang komersial daripada konsep Primedice untuk mengubahnya menjadi Stake.com. Pasangan itu didakwa turut melanggar perjanjian mereka sehingga sekarang.

Freeman yang mendakwa dia dipecat secara tidak adil menyaman pasangan sahabat itu dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$588 juta (RM2.57 juta) di Mahkamah Daerah Selatan New York.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI