fbpx

6 tebusan serangan stesen tren di Nigeria diselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beralih kepada perjalanan menaiki kereta api kerana beberapa lebuh raya telah menjadi tidak selamat. - NurPhoto

ABUJA – Enam mangsa tebusan insiden serangan di sebuah stesen kereta api di selatan Nigeria telah diselamatkan selain seorang lagi dilaporkan berjaya lolos.

Dalam kejadian pada petang Sabtu lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang stesen kereta api negeri Edo lalu menculik lebih 30 orang dan mencederakan sebilangan yang lain.

Kumpulan tersebut melepaskan tembakan sebelum menculik penumpang yang menunggu tren untuk ke negeri Delta.

Pesuruhjaya Maklumat Negeri Edo, Chris Nehikhare berkata, 32 orang telah diculik ketika kejadian itu.

Setakat kelmarin, seorang mangsa berjaya melarikan diri manakala enam yang lain telah diselamatkan apabila polis dan pemburu tempatan mengesan baki tawanan.

“Enam orang itu ialah seorang lelaki 65 tahun, seorang ibu dan bayinya, budak perempuan enam tahun serta dua beradik berusia dua dan lima tahun.

“Kami yakin bahawa mangsa lain akan diselamatkan tidak lama lagi,” kata Nehikhare.

Penjenayah bersenjata telah berulang kali menyasarkan sekolah, komuniti dan lebuh raya di barat laut dan negeri tengah Nigeria, menculik berpuluh-puluh orang pada satu-satu masa dan menahan mereka di kem hutan untuk meminta wang tebusan.

Dalam salah satu serangan paling berprofil tinggi di negara itu, pada Mac tahun lalu, sekumpulan lelaki bersenjata telah meletupkan landasan dan menyerbu kereta api dalam perjalanan dari Abuja ke bandar Kaduna.

Lapan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi diculik dan ditahan selama berbulan-bulan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI