fbpx
TERTUDUH dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini bagi menghadapi pertuduhan menculik seorang wanita di Balai Polis Malim. - Foto Oleh AMRAN ALI/ KOSMO

Mekanik didakwa culik isteri orang di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita yang juga isteri orang di Balai Polis Malim, awal bulan ini.

Tertuduh, Lim Jun Wei, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menculik wanita berusia 33 tahun daripada jagaan sah suaminya, ketika wanita terbabit berada di dalam sebuah kereta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, di Balai Polis Malim dalam daerah Melaka Tengah pada 1 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh diwakili peguam LK Teoh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 22 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN