fbpx

Misi pelancaran bersejarah roket Britain gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa satelit akan dilancarkan misi itu berjalan dengan lancar. - PA

LONDON – Pelancaran roket pertama ke orbit oleh Britain terpaksa dibatalkan ketika penerbangan selepas mengalami masalah anomali, sekali gus menggagalkan misi tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dalam satu ciapan di Twitter, syarikat Virgin Orbit, yang membina satelit untuk dilancarkan berkata: “Kami nampaknya mengalami anomali yang menghalang roket daripada mencapai orbit.

“Kami sedang menilai maklumat itu,” katanya.

Selepas berbulan-bulan merancang, pesawat digelar ‘Cosmic Girl’ telah ditetapkan untuk berlepas ke angkasa lepas oleh syarikat Virgin Orbit yang diasaskan oleh Sir Richard Branson malam semalam.

Pesawat Boeing 747 yang diubah suai kerana pernah menjadi pesawat penumpang itu akan membawa roket tersebut ke angkasa lepas.

Sekiranya berjaya, ia akan menjadi pelancaran roket ke orbit pertama dari Britain dan di Eropah Barat.

Pesawat itu berlepas dari kemudahan Spaceport Cornwall di Lapangan Terbang Cornwall Newquay sejurus selepas pukul 10 malam (waktu tempatan) semalam.

Sebaik sahaja pesawat itu terbang pada ketinggian 10,700 meter di atas Lautan Atlantik, ia kemudian melancarkan roket LauncherOne.

Bagaimanapun, disebabkan satu anomali, Virgin Orbit memaklumkan bahawa ia gagal mencapai orbit. -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI