fbpx

Jeti nelayan, paya bakau ‘port’ dadah digempur polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SABAK BERNAM – Jeti nelayan dan hutan paya bakau di sekitar Bagan Sungai Besar di sini, yang menjadi ‘port’ dadah terutama melibatkan nelayan asing digempur polis dalam operasi khas semalam.

Ops Tapis Khas selama 10 jam bermula pukul 10 pagi itu membawa kepada penahanan 25 warga asing atas kesalahan dadah, jenayah dan imigresen selain rampasan berjumlah RM55,000.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kejayaan itu hasil risikan selama sebulan dengan mendapati kawasan jeti nelayan dan hutan paya bakau itu menjadi tempat untuk mendapatkan bekalan dadah.

Katanya, ini berikutan keadaan muka bumi di Bagan Sungai Besar adalah pesisir pantai yang menempatkan bot nelayan dan sebahagian penagih merupakan nelayan asing.

“Seramai 63 warga tempatan dan asing berusia 20 hingga 38 tahun telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasilnya membawa kepada penahanan 22 individu kerana dadah dan pelbagai jenayah lain selain tiga individu lain yang tiada dokumen perjalanan sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Agus Salim menambah, turut dirampas adalah 4,600 pil Yaba, 33.40 gram serbuk kristal syabu, 14 pil Eramin 5 dan empat pil Estacy.

Jelas beliau, kesemua dadah itu dipercayai bagi pasaran Bagan Sungai Besar dan enam sarang penagihan dadah di hutan bakau itu turut dirobohkan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI