fbpx

Saya pasti bertudung seperti dalam filem tak lama lagi – Tissa Biani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI peminat menyangka Tissa Biani bertudung kerana dalam kebanyakan naskhah lakonannya, dia selalu memegang watak wanita berhijab.

SHAH ALAM – Pelakon filem terlaris Indonesia, KKN di Desa Penari iaitu Tissa Biani menganggap salah sangka peminat terhadap dirinya bertudung sebagai satu doa yang akan diangkat ke langit.

Tissa atau nama sebenarnya, Tissa Biani Azzahra berkata, apa yang dipaparkan dalam kebanyakan projek lakonannya iaitu bertudung adalah tuntutan karakter yang perlu dilunaskan sebagai seorang aktres.

“Saya banyak melakonkan karakter orang yang bertudung. Jadi, mereka (peminat) inginkan saya bertudung dalam kehidupan realiti.

“Apa yang boleh dikatakan, sekarang saya masih belum bertudung. Tapi, insya-Allah tidak lama lagi saya pasti akan bertudung juga.

“Sebagai pelakon, memang menjadi tanggungjawab saya menterjemah watak diberikan sehabis baik. Netizen boleh bercakap tapi saya telah buat semampu baik,” katanya kepada Kosmo! Online usai sesi bertemu peminat filem KKN di Desa Penari di sini, semalam.

Tambah Tissa, 21, bertudung atau tidak, perkara tersebut tidak melambangkan keperibadian seseorang wanita.

“Bertudung itu memang kewajipan wanita Muslim. Saya bangga menjadi umat Islam. Jadi, tidak lama lagi saya pasti akan kembali kepada fitrah (bertudung).

“Orang menasihati saya dan berkata benda baik tentang perihal tersebut, saya anggap sebagai doa yang akan diperkenankan Allah SWT, insya-Allah,” ujarnya yang melakonkan watak Nur dalam KKN di Desa Penari.

Karya arahan Awi Suryadi tersebut merupakan filem terlaris sepanjang zaman Indonesia dengan jumlah tontonan hampir mencecah 10 juta orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI