fbpx

Pelantikan Hajiji perjanjian BN-PN – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kanan) ketika sidang media selepas mengadakan selepas perjumpaan khas bersama Bersatu Sabah hari ini. -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – “Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mencetuskan kemelut politik di Sabah. Hal ini kerana ada perjanjian mengenai pelantikan Ketua Menteri dan portfolio dalam Kabinet negeri yang dimeterai sebelum ini,” kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, perjanjian berkenaan dibuat dengan PN selepas Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) pada September 2020.

Menurutnya, perjanjian itu berkaitan dengan pelantikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan semua portfolio dalam Kabinet negeri di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN dan BN.

“Apabila Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri, ada perjanjian di antara BN dan PN ketika itu. Hajiji dipilih dengan sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua menyokong.

“Beberapa portfolio juga diberi kepada BN,” katanya ketika ditemui media selepas perjumpaan khas bersama Bersatu Sabah hari ini.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu memaklumkan ekoran perjanjian terbabit, kemelut politik di Sabah sekarang tidak sepatutnya berlaku.

“Apa yang berlaku sekarang, rakyat harus tahu. Ia tidak patut berlaku sebab sudah ada perjanjian. UMNO tidak harus buat ini demi kepentingan rakyat,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`