fbpx

Bangkai penyu ditemui di Pantai Teluk Bidara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu yang dijumpai Norhazura di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun semalam.

DUNGUN – Keriangan seorang wanita bersama dua rakannya beriadah di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan di sini semalam terbantut apabila menemui bangkai seekor penyu.

Norhazura Mohd Nor, 44, dari Kampung Gong Pasir di sini berkata, bangkai reptilia tersebut ditemui terdampar kira-kira 200 meter dari gigi pantai pada pukul 6 petang.

“Sewaktu ditemui, penyu tersebut berada dalam keadaan terlentang. Saya cuba terbalikkan badan penyu tersebut namun tidak berhasil sebab terlalu berat.

“Penyu tersebut mungkin sudah mati beberapa hari lalu sebab bahagian ekornya mulai mereput manakala cengkerang bawah badannya mulai menggelupas,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Norhazura berkata, bangkai penyu tersebut juga telah mengeluarkan busuk dan berdarah serta dipercayai telah mati beberapa hari lalu sebelum hanyut ombak Monsun Timur Laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI