fbpx

Tayang paha, otot di gimnasium, aurat Mimi Lana ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI LANA berkongsi muat naik bersenam di gimnasium yang menerima reaksi pelbagai ramai orang. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Mengambil semangat tahun baharu, pelakon jelita Mimi Lana terus aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak melakukan aktiviti senaman.

Sungguhpun begitu, dalam pada ramai memuji perkongsian muat naik dirinya ‘beraksi’ di gimnasium, ada juga sebilangan orang yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dikatakan terlalu mencolok mata.

“Jangan seksi sangat sis. Aurat tu.

“Tak salah nak ‘record’ (rakam) tapi simpan untuk diri sendiri boleh kan. Sekurang-kurangnya, tak banyak sangat mata tengok.

“Tak sangka Syafiq Kyle nak perempuan macam ini,” itu antara pesanan ditinggalkan netizen dalam ruangan komen Mimi, 28.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, berkongsi muat naik foto dan video dirinya berseluar pendek serta singlet ketat sedang bersenam di sebuah gimnasium yang menampakkan bahagian lengan, paha dan belakang badan berotot.

Menerusi muat naik tersebut, Mimi yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Halalkan Hati Yang Ku Curi itu menulis kapsyen berbunyi: “Happy new year, everyone! (Selamat tahun baharu, semua!).

Dalam pada dikecam, ramai dalam kalangan peminat termasuk rakan artis yang memuji azam tahun baharu kekasih kepada aktor, Syafiq Kyle itu yang ingin menjalani gaya hidup sihat.

“Dia pergi gimnasiumlah. Tak boleh cari makan macam ni,” tulis pelakon Fezrul Khan.

Turut meninggalkan komen termasuklah rakan artis wanita lain seperti Tiz Zaqyah dan Dynas Mokhtar yang memuji perkongsian muat naik Mimi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI