fbpx

Pemangkin baharu sektor hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan sempadan China Ahad ini dilihat menjadi peluang pertama dalam tempoh tiga tahun bagi kebanyakan warganya melawat pasaran hartanah luar negara. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembukaan sempadan China yang dijadualkan pada 8 Januari ini dilihat bakal memberikan pemangkin baharu kepada pertumbuhan pelaburan hartanah termasuk di pasaran domestik, menurut firma teknologi hartanah, Juwai IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, berdasarkan data pertanyaan pembeli Juwai IQI, Malaysia berada di kedudukan ketujuh dalam senarai 10 negara teratas bagi pembelian hartanah oleh pembeli dari China pada Disember, di belakang Thailand di tangga kelima.

Tiga negara teratas untuk pembelian hartanah oleh pembeli dari China ialah Australia, Amerika Syarikat dan Kanada.

“Pintu negara sumber pengembara terbesar di dunia akan dibuka dan keutamaan pelancong dari China termasuk melawat keluarga dan rakan, menyambung pelajaran di luar negara, perniagaan, melancong dan pelaburan hartanah.

“Ini akan menjadi peluang pertama dalam tiga tahun untuk kebanyakan warga China melawat pasaran hartanah di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Kashif, pihaknya menjangkakan perjalanan keluar dari China akan membawa bersama pertumbuhan ketara dalam pelaburan hartanah bermula Januari ini, daripada paras semasa yang sangat rendah.

Pada masa sama, beliau me­ngakui pemulihan kepada situasi sebelum pandemik akan memakan masa dan paras tahun 2019 mungkin hanya mampu dicapai pada pertengahan 2024.

“Pelaburan hartanah antarabangsa China telah pun menun­jukkan pemulihan daripada paras terendahnya ketika pandemik. Bergantung kepada destinasi, pelaburan hartanah oleh pembeli China turun antara 50 peratus dan 60 peratus semasa pandemik.

“Kami akan mengeluarkan laporan untuk meramalkan seberapa pantas dan jauh pelaburan hartanah antarabangsa China akan pulih pada 2023 berdasarkan syarat dan dasar baharu negara tersebut,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI