fbpx

Rizky Billar mahu jadi baik, percaya rezeki masih ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR bersama Lesti Kejora dan anak mereka.

TAHUN 2022 bagaikan roller coaster buat Rizky Billar. Dia yang pada awalnya hanya aktor biasa kemudian mendadak menjadi perhatian selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Lesti Kejora.

Namun, penghujung tahun 2022, dia diheret dengan krisis rumah tangga sehingga dibenci netizen dan disenarai hitam stesen televisyen Indonesia.

Memasuki tahun baharu 2023, pelakon dan pengacara itu berazam untuk menjadi suami dan ayah yang lebih baik.

“Mudah-mudahan kami lebih kuat berdepan apa juga ujian dan saya boleh belajar menjadi suami dan ayah yang baik.

“Kesalahan yang saya lakukan sebelum ini akan menjadi pengajaran dan tidak mengulanginya.

“Saya dan Lesti mahu jadi orang tua contoh kepada anak kami,” ujar Rizky yang minta tidak terus dibenci.

Bercakap tentang kerjaya seninya, Rizky berkata, dia percayakan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.

“Setiap satu pintu rezeki yang tertutup, masih ada 999 pintu lain yang masih terbuka. Pekerjaan untuk siaran televisyen kini bukan lagi keutamaan saya, jika diizinkan kembali saya mungkin hanya sebagai hobi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI