fbpx

Ahmad Zahid sambut ulang tahun ke-70 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sambutan hari jadi ke-70 yang dikongsi Ahmad Zahid di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Tanggal 4 Januari 2023 hari ini merupakan sambutan ulang tahun ke-70 hari kelahiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu melalui hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi turut berkongsi sambutan hari jadi ringkas di kementeriannya di Putrajaya pagi tadi.

“Pagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi sebelum Mesyuarat Kabinet berlangsung. Terima kasih dengan doa ringkas yang dibacakan oleh Menteri Agama Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

“Ini sebahagian dari kenangan terindah bersama rakan Ahli Jemaah Kabinet yang turut sama menyertai acara potong kek sebentar tadi,” tulisnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat kepada beliau yang mana dua cucu beliau turut berkongsi tarikh hari jadi yang sama.

“Terima kasih semua yang meraikan hari kelahiran saya yang turut disambut oleh dua cucu saya yang berkongsi tarikh yang sama hari ini.

“Terima kasih juga kepada sahabat dan teman seluruh negara yang mendoakan dan mengirim ucapan melalui Whatsapp, Telegram dan melalui media sosial yang tidak mampu saya balas satu persatu. Terima kasih,” jelas Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI