fbpx

PH adakan mesyuarat, bincang persiapan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) mendengar taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara di Kajang, hari ini. - Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

KAJANG – Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa PH bakal mengadakan mesyuarat rasmi berhubung persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

“Saya jarang nak komen berkenaan politik semasa menjalankan tugas rasmi, cuma saya nak beritahu pada 7 Januari ini, hari Sabtu, pada pukul 4 petang Majlis Presiden PH akan mengadakan mesyuarat rasmi tahun ini.

“Saya percaya kita akan bincang ‘post-mortem’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan persiapan PRN di enam negeri yang bakal berlangsung nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Jabatan Penjara di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara, selepas dilantik menerajui kementerian tersebut.

Dalam pada itu, enam negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor, manakala PRN dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI