fbpx

Pengikut IG Al-Nassr naik 7.3 juta, jersi no. 7 laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo akan menggunakan jersi bernombor tujuh dalam saingan liga Arab Saudi.

PETALING JAYA – Kelab bola sepak dari Arab Saudi, Al-Nassr ternyata sudah mengaut keuntungan hanya dalam beberapa hari selepas menandatangani bekas bintang Manchaster United, Cristiano Ronaldo.

Laman sosial Instagram kelab bola sepak itu sebelum ini hanya mencatatkan pengikut sekitar 860,000 sahaja, namun penambahan mendadak dicatatkan apabila memperoleh 7.3 juta pengikut sehingga hari ini.

Bukan itu sahaja, menurut laporan portal berita Arab News, jersi kelab tersebut juga dikatakan habis dibeli peminat selepas Ronaldo sah menggunakan jersi bernombor 7.

Bintang berusia 38 tahun itu melengkapkan rekod perpindahan ke kelab Arab Saudi itu baru-baru ini apabila menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah.

Ronaldo bakal memperoleh £173 juta (RM921.6 juta) setahun sekali gus menyaksikannya muncul sebagai ahli sukan yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Di kelab baharunya, Ronaldo akan memakai jersi bernombor tujuh, sama seperti yang dipakainya di Manchester United, Real Madrid dan Juventus. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI