fbpx

Kru lapangan terbang maut disedut enjin pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru darat tersebut meninggal dunia selepas disedut masuk ke dalam enjin pesawat yang masih hidup. – Getty Images

MONTGOMERY, ALABAMA – Seorang kru darat syarikat penerbangan American Airlines terbunuh selepas ‘disedut’ masuk ke dalam enjin sebuah pesawat yang berada di lapangan terbang dalam kemalangan ngeri di negeri Alabama,  lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) berkata, kakitangan terbabit  meninggal dunia ketika enjin pesawat masih hidup di Lapangan Terbang Wilayah Montgomery, Sabtu lalu.

Agensi tersebut telah memulakan siasatan bagi mencari punca kejadian dan berkata bahawa laporan awal dijangka dikeluarkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Menurut Pengarah Eksekutif lapangan terbang tersebut, Wade Davis, insiden berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Mangsa merupakan kakitangan Piedmont Airlines, yang merupakan anak syarikat Kumpulan American Airlines.

“Kami amat  sedih mendengar berita kehilangan tragis seorang pekerja American Airlines atau Piedmont Airlines.

“Kami berdiri teguh bersama ahli keluarga mangsa untuk mengharungi waktu sukar ini,” katanya.

Sementara itu, American Airlines turut meluahkan rasa sedih atas kemalangan itu dan menyatakan bahawa syarikat tersebut akan memberikan bantuan diperlukan oleh semua pihak terlibat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI