fbpx

Penerbangan sulung 737-MAX di AS bersama American Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENERBANGAN 718 menggunakan Boeing 737 MAX bersedia untuk berlepas ke New York dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kelmarin. - AFP

MIAMI, Florida – Syarikat penerbangan American Airlines kelmarin melancarkan penerbangan komersial pertama Boeing 737 MAX di Amerika Syarikat (AS) sejak pesawat itu berhenti beroperasi di seluruh dunia susulan dua nahas yang meragut beratus-ratus nyawa dan mengakibatkan pengeluarnya terjerumus ke dalam krisis.

Penerbangan 718 American Airlines itu membawa kira-kira 100 penumpang dan berlepas dari bandar Miami menuju Lapangan Terbang La Guardia di New York sekitar pukul 11.44 malam semalam (waktu Malaysia).

“Pesawat ini diperiksa dengan sungguh teliti. Kami yakin kapal terbang ini adalah yang paling selamat semasa berada di udara, ” kata Presiden American Airlines, Robert Isom sebelum penerbangan berlepas.

Saluran berita CNBC melaporkan bahawa pesawat itu diisi oleh kombinasi peminat aviasi dan penumpang biasa dengan salah seorang memberitahu saluran berita berkenaan bahawa dia pada mulanya berasa agak gementar.

“Bagaimanapun, saya segera lupa perasaan itu dan penerbangan tersebut begitu santai,” kata penumpang itu yang enggan namanya disiarkan.

Pesawat tersebut mendarat di New York pukul 2.12 pagi tadi di New York dan berlepas semula ke Miami lebih sejam kemudian. Hampir semua 172 tempat duduk penerbangan itu habis ditempah.

Syarikat penerbangan United Airlines dijangka kembali menggunakan Boeing 737-MAX bermula 11 Februari depan, manakala Southwest Airlines pula akan memulihkan perkhidmatan pesawat itu pada suku kedua 2021

Krisis 737-MAX bermula dengan nahas di Indonesia pada 2018 diikuti nahas kedua di Etiopia yang meragut keseluruhan 346 nyawa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI