fbpx

Penerbangan ditangguh gara-gara remaja enggan pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penumpang wanita (kanan) merakam gelagat remaja yang membuka pelitup muka dalam pesawat. - Getty Images

CHARLOTTE, Carolina Utara – Satu penerbangan terpaksa ditangguhkan seharian apabila 30 penumpang remaja enggan mengikut peraturan memakai pelitup muka dalam pesawat, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Pesawat American Airlines penerbangan 893 yang sepatutnya terbang ke Nassau, Bahamas pada pagi Isnin (waktu tempatan) terpaksa mengubah jadual perjalanan pada keesokan hari iaitu Selasa gara-gara insiden itu.

Menurut kenyataan American Airlines, sekumpulan pelajar senior sekolah tinggi enggan bekerjasama mematuhi arahan kru penerbangan untuk memakai pelitup muka ketika menaiki pesawat.

“Mengikut prosedur pra penerbangan, penumpang yang tidak bekerjasama dengan peraturan perlu diarahkan keluar pesawat.

“”Kami mengharapkan pelanggan mematuhi dasar penerbangan syarikat kami apabila mereka memilih untuk terbang bersama kami dan tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian,” tulis kenyataan itu.

American Airlines memberi pampasan kepada semua penumpang terjejas berbentuk baucar makan dan bilik hotel selepas penerbangan dijadualkan semula ke hari Selasa.

Salah seorang penumpang yang duduk bersebelahan kumpulan remaja itu, mengatakan kepada saluran televisyen WSOC bahawa 80 peratus daripada mereka sangat kurang ajar.

Semua penumpang, termasuk kumpulan pelajar sekolah menengah yang enggan memakai pelitup muka itu disenaraikan dalam penerbangan yang dijadualkan semula.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu, pasukan kami di Terminal Carolina Utara memaklumkan kumpulan remaja tersebut bahawa mereka boleh meneruskan penerbangan dengan kami jika akur dengan polisi pemakaian pelitup muka dan mereka bersetuju,” kata jurucakap American Airlines. 

Penerbangan akhirnya berlepas dari Charlotte pada pukul 10 pagi Selasa (waktu tempatan), lebih jam selepas masa penerbangan sebenar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI