fbpx

Pelajar tahfiz belajar dalam surau daif, kongsi duit beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pelajar pondok menunjukkan surau yang tidak berdinding di Satyatim, Kampung Jerek Baru, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Pihak pengurusan Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin (Satyatim) di Kampung Jerek Baru di sini, me­rayu bantuan daripada orang ramai supaya menyalurkan dana bagi membolehkan premis itu terus beroperasi.

Pembantu Mudir, Mohd. Shahidan Md. Radzee, 37, berkata, kekurangan dana telah menyebabkan pihaknya tidak dapat menyediakan kemudahan yang selesa kepada pelajar termasuk kos membaiki bumbung, tingkap dan dinding bangunan rosak.

Katanya, masalah kewangan menyebabkan Satyatim tidak dapat menerima kemasukan lebih ramai pelajar kerana berdepan kekurangan kos operasi.

“Satyatim ditubuhkan pada tahun 2009 di tapak bangunan terbiar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerek dan telah beberapa kali bertukar pemilik ­kerana kekurangan dana.

“Selepas pandemik, kami ha­nya menerima 20 orang pelajar tahfiz dan enam pelajar pondok,” katanya.

Menurut Mohd. Shahidan, setakat ini mereka akan berkongsi duit daripada mudir dan pelajar sebanyak RM5 seorang untuk membeli makanan.

Seorang pelajar, Mohd. Ra­dhuan Mat Hussin, 46, berkata, walaupun serba kekurangan, rata-rata pelajar bersyukur dan berharap Satyatim terus membangun dan lebih cemerlang.

“Kami belajar dalam surau yang tidak berdinding. Saya harap ada yang bermurah hati untuk menderma,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi wakil Satyatim di talian 011-5504 3023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI