fbpx

KBS tidak akan tutup sebelah mata – Adam Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang jurulatih menampar pelajar perempuan.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menegaskan pihaknya tidak akan menutup sebelah mata berhubung insiden jurulatih bola tampar skuad wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya.

Adam Adli dalam hantaran di Twitternya berkata, sukan wajib menjadi ruang selamat dan positif.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan tutup sebelah mata dalam hal-hal sebegini.

“Sukan bukan ruang untuk kekasaran, pembulian, pencabulan dan banyak yang lain seumpamanya,” ciapnya malam tadi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan jurulatih pasukan berkenaan yang menampar dua orang pemain di Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Perkara itu turut mendapat respons dari bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menegaskan tiada ruang dalam sukan atau kehidupan untuk kelakuan seperti itu.

Katanya, pendidikan, kesedaran dan penyeliaan yang berkesan adalah penting untuk memastikan sikap saling menghormati antara atlet, jurulatih dan pentadbir.

“Terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku.

“Ianya boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak ini. Semoga YB @hannahyeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI