fbpx

Kahwin selepas terperangkap 10 hari dalam rumah akibat perintah berkurung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin pada 26 Disember lalu selepas terpaksa menjalani kuarantin bersama selama 10 hari. – SCMP

BEIJING – Sepasang kekasih di China tidak menyangka insiden mereka ‘terperangkap’ di dalam sebuah pangsapuri semasa kuarantin membawa ke gerbang perkahwinan selepas terpaksa tinggal sebumbung selama 10 hari, lapor akhbar South China Morning Post.

Kisah pasangan yang identiti mereka tidak didedahkan itu mendapat perhatian netizen di media sosial China selepas  dikongsikan minggu lepas.

Pada Ogos tahun lalu, lelaki berkenaan dikatakan pergi ke rumah wanita tersebut di wilayah Hainan untuk melawatnya selepas bersetuju untuk bertemu janji buat kali pertama.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka ‘terkurung’ di dalam rumah wanita berkenaan selama 10 hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.

Sepanjang tempoh itu, kedua-dua mereka saling mengenali dan mendapat tahu bahawa mereka merupakan alumni sekolah yang sama dan pernah bertemu dua tahun sebelum itu.

Video tular di media sosial menunjukkan si lelaki sedang memasak di dapur dan kedua-dua mereka makan bersama-sama serta menjalani kehidupan seharian.

Selepas 10 hari menghabiskan masa bersama, pasangan tersebut berkata, perasaan mereka untuk satu sama lain semakin kuat sehingga mereka berasa sedih ketika perlu berpisah pada penghujung tempoh kuarantin.

Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh seketika, mereka akhirnyua membuat keputusan untuk berkahwin dan mendaftarkan perkahwinan pada 26 Disember lalu.

Kisah mengenai pasangan itu mendapat perhatian netizen dengan ramai yang meluahkan rasa terharu.

“Mereka ditakdirkan untuk bertemu,” kata seorang netizen.

“Kisah cinta yang indah,” komen seorang pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI