fbpx

Pesara 86 tahun cari ‘guru’ ajar guna telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tony kini lebih biasa menggunakan telefon pintar dengan bantuan Walton. - Adele Walton

LONDON – Seorang warga emas berusia 86 tahun di Britain mengiklankan tawaran kerja guru tuisyen untuk mengajarnya menggunakan telefon pintar, lapor portal berita MailOnline.

Iklan itu kemudian disedari oleh seorang wanita bernama Adele Walton, 23 ketika sedang membaca surat khabar yang membuatkan dia tertarik untuk memohon jawatan itu.

“Tuisyen telefon pintar diperlukan oleh seorang pesara yang bijak.

“Jika tertarik, sila hubungi nombor yang tertera dalam iklan dan tinggalkan mesej di talian tetap dengan memberitahu anda berminat untuk membantu,” demikian menurut iklan tersebut.

Beberapa hari kemudian, Walton berkata, dia berada di flat Tony (pesara), memegang telefon pintar milik lelaki itu sambil menunjukkan kepadanya cara-cara untuk menghidupkan dan menguncinya.

Walaupun bukan seorang guru, Walton tahu dia mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada Tony. 

Mereka pada awalnya memulakan sesi pengajaran asas iaitu membuat panggilan. Tony kemudian mula membiasakan diri untuk menghantar mesej teks, panggilan video, mengirim foto dan menyemak jadual waktu bas.

Selama lebih tiga bulan, keyakinan Tony dalam menggunakan telefonnya telah meningkat dengan pantas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI