fbpx

Perancang perkahwinan akan ditahan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin baharu dan seorang wakil menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas mendakwa ditipu sebuah syarikat perancang perkahwinan ketika ditemui di Gurun malam kelmarin.

SUNGAI PETANI – Pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa menipu empat pasangan pengantin dengan tidak memenuhi pakej perkahwinan yang dipersetujui akan ditahan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek dipercayai pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kuala Muda telah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Kita akan menahan suspek untuk diambil keterangan dan setakat ini, kita menerima empat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak menerima laporan polis baharu membabitkan syarikat tersebut.

Kosmo! hari ini melaporkan impian empat pasangan pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia dengan majlis kenduri yang penuh meriah serta dihadiri ramai tetamu ranap apabila ditipu sebuah syarikat perancang perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI