fbpx
PELAKON Lee Jong-suk, IU kini benar-benar sedang menjalin cinta

Lee Jong-suk, IU benar-benar bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Spekulasi percintaan antara pelakon terkenal, Lee Jong-suk dan penyanyi IU akhirnya menemukan jawapan hitam putih

Perkara tersebut disahkan sendiri pengurusannya, HighZium Studio yang mengesahkan perhubungan cinta pasangan selebriti popular itu.

“Lee Jong-suk dan IU sebelum ini memang berkawan baik dan kini menjalani perhubungan series sebagai kekasih.

“Terus memberikan sokongan kepada pasangan ini supaya dapat mengekalkan perhubungan cinta mereka,” kata wakil pengurusannya.

Rata-rata peminat gembira dengan berita tersebut sehingga menyifatkan mereka sebagai pasangan selebriti terhangat.

“Lee Jong-suk memang sangat bertuah mendapatkan cinta daripada IU,” ujar peminat.

“Saya rasa mereka akan membuat pengumuman berkahwin dalam masa terdekat. Saya berharap mereka bahagia dan tidak akan berpisah,” tulis netizen.

Sebelum ini, timbul spekulasi tentang perhubungan mereka apabila foto percutian di Jepun tersebar sehingga meninggalkan tanda tanya buat peminat.

Berita percintaan mereka tersebar apabila pelakon Big Mouth itu menghadiri perjumpaan bersama peminat di Osaka, Jepun pada 20 Disember lalu dan berjumpa IU di Nagoya untuk menyambut Krismas bersama-sama.

Menurut laporan, Jong-suk berjaya membuat tempahan hotel mewah Aman Nemu selama empat hari tiga malam di Nagoya tanpa pengetahuan daripada pengurusnya.

Malah, spekulasi percintaan lebih kuat apabila Jong-suk turut memberikan ucapan kepada seorang individu istimewa seolah-olah sedang bercinta semasa memenangi hadiah utama pada 2022 MBC Drama Awards. -KOSMO! ONLINE

POPULAR