fbpx
Keadaan motosikal kedua-dua mangsa di tempat kejadian.

Dua lelaki maut, motosikal bertembung di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADAWAN – Dua lelaki menemui ajal selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kejadian awal pagi tahun baharu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3.25 pagi di Jalan Kampung Menjau, di sini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Augustine Julia, 19, dari Kampung Siga dan Lopez Sauko Desnie, 21, dari Kampung Petag.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa yang berusia 19 tahun dari arah Kampung Menjau menuju ke Kampung Tabuan Rabak. Seorang lagi mangsa pula dari arah Kampung Tabuan Rabak menuju ke Kampung Menjau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Augustine disahkan maut di tempat kejadian manakala Lopez pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Serian di sini.

Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN