PETALING JAYA – Kesemua negeri-negeri di Semenanjung diramalkan cuaca baik serta tiada hujan dilaporkan pada pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, keadaan cuaca yang baik ini boleh berlarutan sehingga ke awal petang nanti.
Menurutnya, hanya terdapat satu atau dua tempat di Sabah dan Sarawak yang mengalami hujan.
“Di Sabah hujan dilaporkan di Pedalaman, Sandakan selain Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sarawak pula, hujan di satu dua tempat melibatkan Sarikei dan Mukah,” katanya dalam kenyataan pada laman web MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE













