fbpx

Bomba laungkan azan untuk kawal kebakaran gudang Jakel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam yang musnah 80 peratus di Seksyen 7 hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Pasukan bomba terpaksa melaungkan azan supaya kebakaran gudang tekstil milik Jakel di Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi dapat dikawal.

Pengalaman tersebut dikongsi di laman Facebook Friends of Bomba Malaysia selepas anggota bomba bertarung lebih lapan jam memadamkan kebakaran sejak pagi sehingga petang tadi.

“Dah hampir lapan jam kami di sini Jakel Shah Alam. Kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

“Dah empat atau lima orang yang melaungkan azan. Doakan kami team ERT Dana Kita dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak dapat terus bertahan membantu pihak JBPM Selangor memadamkan kebakaran,” tulis hantaran tersebut hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, kebakaran terbabit sukar dikawal dan mengambil masa lama untuk dipadamkan kerana faktor angin serta gudang itu dipenuhi dengan barangan tekstil.

“Faktor angin kuat ditambah pula dalam kedai ini penuh barangan tekstil menyebabkan kerja-kerja pemadaman agak sukar dan memakan masa,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 7.08 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI