fbpx

Berlagak seperti mangsa pula – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Kurang 24 jam selepas pengarah Syamsul Yusof ‘keluar dari gua’ berjanji mahu membuat pemdedahan tentang kemelut rumah tangganya dalam masa terdekat, isterinya, Puteri Sarah Liyana pula tampil dengan respons berbaur sinikal.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan, terdapat individu yang akhirnya keluar dari persembunyian, tampil bersuara seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

“Sudah keluar gua tetapi berlagak seperti mangsa pula. Tidak mengapalah, janji selesai.

“Bak kata orang, stay classy (kekal ada kelas),” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

Difahamkan, perkara tersebut dipercayai maklum balas kepada kenyataan pengarah filem Mat Kilau terbabit yang berjanji akan memberi penjelasan tentang dakwaan sudah beristeri dua.

Dalam hantaran berasingan, Sarah yang masih bercuti di Jepun itu menitipkan pesanan tahun baharu 2023 kepada kaum wanita agar bangkit menjadi lebih kuat dalam banyak hal berbanding lelaki.

“Tahun 2023, para isteri lebih daripada kaum lelaki itu sendiri. Heads up! (bangkit), kita semua kuat,” katanya lagi.

Pesanan tersebut dititipkan Puteri Sarah bersama tangkap layar perkongsian kisah rumah tangga berkisarkan pengorbanan seorang isteri dalam menghadapi kemelut rumah tangga.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Tidak tahan dengan gangguan tersebut, dia nekad memfailkan saman dan perintah injunksi kepada wanita tersebut.

Difahamkan, individu tersebut bakal diheret ke muka pengadilan pada Ogos depan.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul didakwa sudah bernikah di Selatan Thailand dengan Ira Kazar.

Syamsul menjelaskan dakwaan tersebut fitnah dan bertegas mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta atas dakwaan menyebarkan maklumat palsu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI